Tuesday, 26 July 2016

Belajar menulis

Teringat kembali selepas hampir 10 tahun meninggalkan zaman mula-mula aku menjejakkan kaki ke menara gading. aku belajar apa itu puisi... Kerana seorang insan yang mengelarkan dirinya Agi... Abdul Ghafar Ibrahim... terima kasih Pak Agi kerana pernah menjadi pendidik saya... apa yang aku ingat... puisi tidaklah seperti apa yang aku belajar masa zaman persekolahan... Ini adalah antara puisi terbaik Pak Agi.


Bulan Pecah di Tengah Hari

7.34 malam selasa.
mula-mula aku menyapa:
engkau & aku
aku & engkau
mahu bersetuju?
ngangguk
ngangguk dua-dua
fajar
pun mengintai
hei
pawana subuh
betapa lembut mukaku kauusap
hei
pawana subuh
betapa halus mukanya kau sayangi
mukaku dan mukanya sama-sama berada
di pintu bulan.
sayang aduhai sayang
lenggang dialun lenggang
mengikut rentak sayang.
sudah sembahyang subuh?
amin. amin. amin. 
aku berjalan
banyak kerja
begitu dia. 
ada manusia tak sudi disapa
mereka tak ada masa bersapa-sapaan
suka menjadi kera sumbang
tapi,
aku dan dia adalah sejalan. 
pagi mengetuk rabu.
dara: ayah kau tahu hal kita
emak kau apa katanya?
teruna: ayah aku marahkan aku
ayah aku marahkan engkau
emak aku mahukan menanu berada
(menangis - e - e - e - e - e)
dara, jangan menangis
ini sapu tangan, mari
aaa sayang
aku kesat mutiara mata kau
mahal nilainya, tahu.
teruna, apa kata ayah
- tak kata apa-apa -
apa kata ibu kau?
- tak kata apa-apa -
apa kata saudara-saudara kau?
- mereka kata, ayah ibuku bodoh -
apa kata rakan-rakan kau?
- mereka takut aku tertipu - 
teruna
teruna
teruna 
usah menangis dik
tempeleng bimbang terajang ragu!
beringsut pagi.
sayang. 
senyum kasih epnuh ebrerti
senyum bererti penuh berisi. 
daraku,
engkau memang sudah tahu isi hatiku.
senyum.
terunaku,
engkau nak selam lagi dasar laut hatiku?
senyum
o
kita sudah tahu isi hati kita
ngangguk.
kita tak bersilang.
kita tak bersimpang.
tertidur. 
dara,
dara,
usah tidur siang.
macam mana ni?
bang, jawablah
dah
bang selesaikanlah
dah
bang
dah dah dah
apa yang dah? 
ayah kau dah gila
ibu kau dah gila
ada masyarakat yang dah gila
ada manusia yang adh gila
dunia. dunia. 
dara,
bangun.
baik.
pakai kainmu, bajumu.
sudah. 
geram
geram
geram
apa, benarkah darahmu berlainan warna dengan darahku
berlainan benar?
bila mereka mahu athu
engkau & aku
dua-dua makhluk Allah, serupa.
bila ha bila? 
duduk di kerusi
tulis surat di atas meja
ingat, jangan pinta ampun dengan mudah
kerana bukan salah kau
mulakan: 
jumaat
12.00 tengah hari
ayah ibuku,
yang dikasihi. 
ingat lagi padaku?
aku tak mahu dikahwin paksakan
aku mahu memilih suami sendiri
ayah ibu menghalangi.
ingat pada tengah hari itu?
bersama abang. 
itulah masanya bulan pecah. 
kami berdua kini
di rumah sendiri
masih sayangkan ayah ibu. 
terima kasih.
bagus dik
engkau tak menangis.
(ahai, teringatkan pak kadhi lagi, ni.) 
Allahku
kerana-Mu kami bersatu.

Kulim. 1965