Sunday, 7 August 2016

Gracias



Perjalanan semester 4/2016 pada kali ini sudah berakhir tatkala peperiksaan tamat pada 6 Ogos 2016. Pengenalan ringkas bersama Prof Madya Dr. Mawar membuatkan aku terasa ralat kerana beliau merupakan seorang penulis yang hebat. Banyak persoalan yang aku cuba rungkaikan bersama beliau kerana sebagai seorang pelajar sastera Pengajian Bahasa Melayu, sedikit sebanyak ada juga karya-karya yang cuba aku tonjolkan. Mungkin jika diberi peluang aku mahu terus belajar bagaimana hendak menghasilkan penulisan kreatif dan bermutu, selain boleh dijadikan rujukan pada hari-hari mendatang.Tidak dilupakan kepada En. Nazri yang sempat mengajar aku bagaimana mahu menghasilkan skrip drama yang baik. Terima kasih Prof. Madya Dr. Mawar Shafei dan En. Mohamad Nazri Bin Ahmad. Sepuluh jari disusun, ampun maafku pohon.

Ikhlas,
Khairul Azmi Bin Basari (GB02358)


Panggilan Baitullah



Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya. Kini kita memasuki bulan Zulkaedah. Ini bermakna musim haji bakal menjelma. Penerbangan pertama musim haji pada tahun ini sudah berlepas pada 4 Ogos 2016 lalu. Bila sebut musim haji, pelbagai persedian bakal dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji. Selain persiapan barangan, mustahak sekali persiapan mental dan rohani kerana niat utama pergi menunaikan Haji adalah untuk menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Dalam usaha meraih Haji Mabrur, diharapkan supaya berterusan menzahirkan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama. Semoga mendapat segala amalan kita di sana diterima dan mendapat Haji Mabrur. Amin…

Yang Tersayang


Tahun 2016 baru sahaja melangkaui suku tahun kedua. Namun banyak peristiwa suka dan duka telah belaku dalam hidupku dan ahli keluargaku. Di saat kami gembira untuk menyambut syawal tahun ini, bapa mertuaku pergi menghadap ilahi. Begitu juga peristiawa yang berlaku saat 29 Ramadhan, abang iparku pula pergi menemui pencipta-Nya. Benar kata orang, bila yang disayangi sudah tiada barulah kita tercari-cari. Alhamdulillah bondaku masih ada untukku kerana doamu masihku tagih untuk hari-hari mendatangku. Al-Fatihah buat mereka. Hargailah orang yang tersayang.

Filem Kreatif


TAJUK : OLA BOLA
Tarikh Tayangan : 28 Januari 2016
Klasifikasi: U 
Genre : Drama / Sukan
Pengarah : Chiu Keng Guan
Pelakon : Bront Palarae, Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Mohamad Taufiq, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho,
Terbitan : Astro Shaw / Tayangan Unggul

SINOPSIS FILEM OLA BOLA
Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. Marianne (MarianneTan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya. Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ulasan: Filem ini sebenarnya sebagai sebuah filem berinspirasikan dari cerita sebenar. Sebagai satu pembakar semangat dikala pasukan bola sepak negara diera kemunduran. Semoga akan ada lagi filem seperti ini yang boleh menjadi peneraju kepada era kebangkitan masyarakat negara kita. Jika di luar negara, filem seperti ini menjadi suatu kewajiban yang akan diterbitkan sebagai salah satu daripada bagaimana untuk mendidik masyarakat sesebuah negara. Tiada lagi filem plastik yang hanya sekadar meraih populariti dan kemewahan.

Lirik Kreatif




Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Ha… tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang… kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo…
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai…
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti
Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi…

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai… Aih

Apo kono eh jang…