Sunday, 7 August 2016

Never Vanish



Abdul Ghafar Ibrahim atau nama penanya Agi dilahirkan 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor. Sepanjang menjadi anak didik beliau, banyak pengalaman-pengalaman yang aku kutip untuk menjadi seorang penulis. Gayanya yang bersahaja serta bersifat seperti bapa membuatkan aku dan beberapa rakanku seperti Anuar, Fazlee, Fariz dan Zulhairi sangat rapat. Pengalaman kami membuat penganjuran persembahan puisi yang bertajuk “Never Vanish: Takkan Hilang” menjadi salah satu lipatan kenangan dalam hidupku.

No comments:

Post a Comment