The Maze Runner adalah buku bersiri Sains Fiksyen karya James Dasher. Buku The Maze Runner ini terbahagi kepada tiga jilid bersama dua prequel. Buku pertama yang bertajuk ‘The Maze Runner’ menceritakan tentang seorang budak lelaki bernama Thomas yang pada masa itu tersedar sewaktu dia didalam sebuah kotak besi dan tidak mengingati apa-apa langsung tentang masa silamnya dan dirinya kecuali nama dia sahaja. Dia kemudiannya mendapati dirinya tiba di sebuah tempat yang asing bernama ‘The Glade’. Di sana, Thomas bertemu dengan sekumpulan budak-budak lelaki yang berada di situ yang menggelar diri mereka ‘The Gladers’ diketuai oleh Alby dan Newt. Kemudian, Thomas juga bertemu dengan Chuck dimana mereka mula berkawan baik.
Selepas itu, Thomas diterangkan tentang ‘The Glade’ oleh Newt serta memperkenalkan penjaga-penjaga bagi setiap kerja di ‘The Glade’ terutama sekali mereka yang digelar ‘runners’. ‘Runners’ merupakan kumpulan yang akan berlari didalam maze untuk menyelesaikan maze tersebut dengan harapan mencari jalan keluar dari situ. Akan tetapi terdapat satu ancaman yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti menyelesaikan maze tersebut pada waktu malam kerana didalam maze tersebut terdapat seekor binatang yang dipanggil ‘grievers’. Thomas diberitahu bahawa apabila sesiapa disengat oleh ‘griever’, mereka akan melalui proses ‘The Changing’.
Sehari selepas tibanya Thomas di ‘The Glade’, seorang budak perempuan bernama Teresa dihantar dengan sehelai kertas mengatakan bahawa dia yang terakhir. Kehadiran Teresa telah menyebabkan pelbagai perubahan kepada ‘The Glade’ dimana stok makanan tidak lagi diterima, pintu ‘The Glade’ tidak berfungsi dan sentiasa terbuka, menyebabkan ‘grievers’ masuk kedalam ‘The Glade’ dan memburu mereka.
Ulasan: Apa yang dapat saya kongsikan melalui pembacaan novel The Maze Runner ialah keberanian untuk keluar daripada zon selesa, pentingnya keyakinan dan kepercayaan di dalam sesuatu kelompok, pentingnya kekuatan dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran, kepimpinan seorang ketua memainkan peranan yang sangat penting dalam kumpulan serta tidak mudah untuk cepat mengalah walaupun cabaran yang bakal ditempuhi itu sangat susah.

No comments:
Post a Comment