Di sini merupakan tempat di mana tempat aku berkhidmat. Tak kenal maka tak cinta. Ini serba sedikit berkenaan tempat aku bekerja. Program Integrasi Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota (SMKSM) ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2004 dan menumpang di surau lama SMKSM. Ia bertujuan memenuhi keperluan pendidikan pelajar berkeperluan khas bagi mendapatkan peluang belajar yang sama rata dengan pelajar lain. Bermula dengan 4 orang pelajar dan seorang guru. Program ini diasaskan oleh En.Kamaruddin Md Yassin yang berkhidmat sejak januari 2004 hingga disember 2015.
Kini dengan kekuatan dan semangat orang baru menjadikan progaram ini semakin dikenali. PPKI SMK Seri Mahkota kini diterajui oleh Pn. Norhayati Binti Arshad bersama 12 tenaga pengajar dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Sejak awal penubuhan program ini, banyak kejayaan-kejayaan yang telah dirangkul seperti Projek Khas Terbaik Tahun 2012, Johan Keseluruhan Olahraga Peringkat Zon Merlimau tahun 2014 dan banyak lagi. PPKI SMK Seri Mahkota juga telah menghantar lebih daripada 5 orang untuk menyertai program usahasama “BuyingSeat” antara Unit Pendidikan Khas melalui Kementerian Pendidikan dengan Kolej Swasta yang terpilih. Hasilnya mereka akan memiliki sijil kemahiran tahap 1&2 dan melayakkan untuk bekerja dalam sektor masing-masing. Sesungguhnya kejayaan mereka walaupun tidak seperti pelajar normal tetap menjadi inspirasi untuk aku terus berusaha menggapai cita-cita.


No comments:
Post a Comment