Bulan
Pecah di Tengah Hari
7.34
malam selasa.
mula-mula
aku menyapa:
engkau
& aku
aku
& engkau
mahu
bersetuju?
ngangguk
ngangguk
dua-dua
fajar
pun
mengintai
hei
pawana
subuh
betapa
lembut mukaku kauusap
hei
pawana
subuh
betapa
halus mukanya kau sayangi
mukaku
dan mukanya sama-sama berada
di pintu
bulan.
sayang
aduhai sayang
lenggang
dialun lenggang
mengikut
rentak sayang.
sudah
sembahyang subuh?
amin.
amin. amin.
aku
berjalan
banyak
kerja
begitu
dia.
ada
manusia tak sudi disapa
mereka
tak ada masa bersapa-sapaan
suka
menjadi kera sumbang
tapi,
aku dan
dia adalah sejalan.
pagi
mengetuk rabu.
dara:
ayah kau tahu hal kita
emak kau
apa katanya?
teruna:
ayah aku marahkan aku
ayah aku
marahkan engkau
emak aku
mahukan menanu berada
(menangis
- e - e - e - e - e)
dara,
jangan menangis
ini sapu
tangan, mari
aaa
sayang
aku
kesat mutiara mata kau
mahal
nilainya, tahu.
teruna,
apa kata ayah
- tak
kata apa-apa -
apa kata
ibu kau?
- tak
kata apa-apa -
apa kata
saudara-saudara kau?
- mereka
kata, ayah ibuku bodoh -
apa kata
rakan-rakan kau?
- mereka
takut aku tertipu -
teruna
teruna
teruna
usah
menangis dik
tempeleng
bimbang terajang ragu!
beringsut
pagi.
sayang.
senyum
kasih epnuh ebrerti
senyum
bererti penuh berisi.
daraku,
engkau
memang sudah tahu isi hatiku.
senyum.
terunaku,
engkau
nak selam lagi dasar laut hatiku?
senyum
o
kita
sudah tahu isi hati kita
ngangguk.
kita tak
bersilang.
kita tak
bersimpang.
tertidur.
dara,
dara,
usah
tidur siang.
macam
mana ni?
bang,
jawablah
dah
bang
selesaikanlah
dah
bang
dah dah
dah
apa yang
dah?
ayah kau
dah gila
ibu kau
dah gila
ada
masyarakat yang dah gila
ada
manusia yang adh gila
dunia.
dunia.
dara,
bangun.
baik.
pakai
kainmu, bajumu.
sudah.
geram
geram
geram
apa,
benarkah darahmu berlainan warna dengan darahku
berlainan
benar?
bila
mereka mahu athu
engkau
& aku
dua-dua
makhluk Allah, serupa.
bila ha
bila?
duduk di
kerusi
tulis
surat di atas meja
ingat,
jangan pinta ampun dengan mudah
kerana
bukan salah kau
mulakan:
jumaat
12.00
tengah hari
ayah
ibuku,
yang
dikasihi.
ingat
lagi padaku?
aku tak
mahu dikahwin paksakan
aku mahu
memilih suami sendiri
ayah ibu
menghalangi.
ingat
pada tengah hari itu?
bersama
abang.
itulah
masanya bulan pecah.
kami
berdua kini
di rumah
sendiri
masih
sayangkan ayah ibu.
terima
kasih.
bagus
dik
engkau
tak menangis.
(ahai,
teringatkan pak kadhi lagi, ni.)
Allahku
kerana-Mu
kami bersatu.
Kulim.
1965
Sdr Khairul,
ReplyDeleteSdr harus lengkapkan 15 entri termasuk ulasan karya dan PPBI.