Kisah Harry Potter merupakan salah satu novel bersiri fantasi karya J. K. Rowling yang paling tersohor. Novel Harry Potter ini terbahagi kepada tujuh jilid seperti Harry Potter and The Philosopher Stone, Harry Potter and The Chamber of Secrets, Harry Potter and The Prisoner of Azkaban, Harry Potter and The Goblet of Fire, Harry Potter and the Order of the Phoenix, Harry Potter and the Half Blood Prince and Harry Potter and the Deathly Hallows. Novel-novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang ahli sihir muda yang bernama Harry Potter bersama sahabatnya, Hermione Granger dan Ron Weasley. Mereka bertiga merupakan pelajar di sekolah ‘Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry’.
Bagi sesiapa yang baru mula berjinak-jinak dengan novel bersiri ini. Ini adalah jilid yang pertama yang perlu dibaca iaitu Harry Potter and The Philosopher Stone. Kisah Harry Potter bermula apabila kedua ibubapanya telah dibunuh oleh seorang ahli sihir mengamalkan sihir hitam yang bernama Lord Voldemort, yang mengimpikan untuk menjadi makhluk abadi serta menakluk dunia sihir dan dunia ‘Muggles’. Akan tetapi Lord Voldemort gagal untuk membunuh Harry Potter sewaktu dia masih bayi dan menyebabkan sihir Lord Voldemort memakan dirinya sendiri. Selepas itu, Harry Potter telah diselamatkan oleh Hagrid dan Albus Dumbledore telah membawa dia untuk tinggal bersama Mak Cik Petunia, Pak Cik Vernon dan sepupu Harry, Dudley di dunia ‘Muggles’. Harry tidak pernah tahu bahawa dia seorang ahli sihir sehinggalah dia berumur 11 tahun. Dia hanya tahu bahawa ibubapanya terbunuh dalam kemalangan dan telah dijaga oleh keluarga Dursley sejak dia kecil lagi.
Sehingga pada hari jadinya yang ke-11, dia menerima surat daripada sekolah ‘Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry’. Sejak itu, Harry Potter telah pergi ke sekolah tersebut untuk belajar tengtang sihir dan kisah pertempuran antara Lord Voldemort dan Harry Potter diceritakan pada setiap jilid novel-novel Harry Potter.
Ulasan:
Apa yang dapat saya kupaskan melalui pembacaan siri pertama Harry Potter adalah banyak pengajaran yang dapat kita ketahui melalui pembacaan kisah Harry Potter. Antaranya ialah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, kekuatan dari segi fizikal dan mental, kepakaran guru-guru dalam mengajar pelajar yang berbagai karakter dan membantu mereka untuk menghadapi cabaran serta kasih sayang terhadap satu sama lain.

No comments:
Post a Comment