Tahun 2016 baru sahaja melangkaui suku tahun kedua. Namun banyak
peristiwa suka dan duka telah belaku dalam hidupku dan ahli keluargaku. Di saat
kami gembira untuk menyambut syawal tahun ini, bapa mertuaku pergi menghadap
ilahi. Begitu juga peristiawa yang berlaku saat 29 Ramadhan, abang iparku pula
pergi menemui pencipta-Nya. Benar kata orang, bila yang disayangi sudah tiada
barulah kita tercari-cari. Alhamdulillah bondaku masih ada untukku kerana doamu
masihku tagih untuk hari-hari mendatangku. Al-Fatihah buat mereka. Hargailah orang yang tersayang.

No comments:
Post a Comment