Syawal baru sahaja melabuhkan
tirainya. Kini kita memasuki bulan Zulkaedah. Ini bermakna musim haji bakal
menjelma. Penerbangan pertama musim haji pada tahun ini sudah berlepas pada 4
Ogos 2016 lalu. Bila sebut musim haji, pelbagai persedian bakal dilakukan
sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji. Selain persiapan barangan, mustahak
sekali persiapan mental dan rohani kerana niat utama pergi menunaikan Haji
adalah untuk menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Dalam usaha meraih Haji
Mabrur, diharapkan supaya berterusan menzahirkan sikap, ikhlas, sabar,
saling membantu dan amalan beragama. Semoga mendapat segala amalan kita di sana
diterima dan mendapat Haji Mabrur.
Amin…

No comments:
Post a Comment